Monday, October 24, 2011

thanks,,,

Terima kasih kerana bersamaku ketika jiwa aku tidak menentu suatu masa lalu. Maafkan aku jua kerana pernah melukakan hatimu suatu ketika dulu. Ketika itu, kita tidak berani meluahkan perasaan yang terpendam. Namun bila peristiwa itu berlaku padaku, kaulah yang sentiasa bersamaku. Terima kasih.

aku sayu...

Aku takut untuk melalui detik-detik sebegini. Aku juga sebenarnya takut terlibat perasaan dengan sesaorang. Kebanyakan mereka tidak faham diriku. Mereka hanya faham pada awal pertemuan sahaja. Pada masa hangatnya penerokaan.

Bila masa berlalu hari demi hari, mulalah terlihat belang mereka sedikit demi sedikit. Dan perbezaan mula menunjukkan dirinya. Aku takut pekara yang sebegini.

Aku adalah lelaki yang manja sebenarnya. Manja terhadap orang yang aku sayang. Bukan hanya kekasih, jua terhadap keluargaku sendiri. Kadangkala aku merasa sedih kerana semuanya hilang sedikit demi sedikit. Ya. Aku cuba memahami bahawa hakikatnya kami telah dewasa. Semuanya mempunyai keluarga masing-masing untuk dimanjai.

Mungkin aku akan menjadi sunyi suatu hari nanti. Keluargaku hanyalah anakku..Adam Luqman. Namun dia juga akan mengikut arus dirinya suatu hari nanti.Dan aku terpaksa melepaskannya. Aku masih ada abahku. Mungkin kekuatan jiwaku hanya kerana dia masih ada...

ke mana...

Satu lagi episod ngeri telah berlalu dari hidupku. Keindahan pelangi hanyalah sementara. namun aku bersyukur kerana biar pun sementara, apa yang telah aku lalui itu memberikan pengajaran berguna dalam hidupku.

Detik pahit yang ku lalui, menggetarkan tubuhku. Rasa bagai aku ingin mengundur ke belakang agar detik-detik ini tidak akan pernah aku lalui. Cukuplah. Ingin saja aku pergi jauh dari sini untuk melupakan segalanya.

Hidupku ini tidak pernah sunyi dari pelangi yang mendatang. Aku mengerti semua ini hanyalah pelangi, yang keindahannya hanyalah sementara. Bahagianya cuma seketika. Bila pelangi menghilang, tinggallah aku bersendirian. Bersendirian di temani sang sunyi yang setia...