Thursday, February 12, 2009

tak tenteram...

Aku kadangkala termenung . Melihat hari- hari yang telah berlalu meninggalkan aku. Hari- hari yang aku lalaikan. Bukan aku tidak berusaha melakukan kebaikan, namun ianya tidak pernah dapat 1/3 hari pun.

Namun aku tetap berusaha. Aku masih mengharapkan kasih-sayangNYA. Kadang kala aku malu,( selalunya pun). Aku malu untuk berdoa dan kadangkala aku rasa tidak layak pun untuk berdoa. Aku sibukkan hari- hari aku dengan kerja. Kerja dan kerja. Namun sampai bila?

Moga tuhan mengampunkan aku. DIA lebih tahu hal aku. Aku akan cuba melakukan yang sebaiknya untuk diriku. Maafkan aku Tuhan. Jiwaku semakin tidak tenteram.

 

Sunday, February 8, 2009

sembang dengan abah...

Sewaktu balik dari hospital Seberang Jaya setelah melawat Ling, aku dalam kereta dengan abah. kami berbual tentang banyak topik. Topik yang menyentuh perasaan aku ialah bila abah kata" aku tengok hangpa adik beradik ni rapat sungguh. Cuma aku risau tentang yang perempuan saja."

Memang kami adik beradik rapat. Tiada siapa boleh pertikaikan. Aku bersyukur dengan keadaan tersebut dan semoga ianya berkekalan. Aku, Jack, Ling dan Min memang rapat. Kadangkala orang tak percaya kami adik beradik.

Tentang pihak perempuan, kami sentiasa mengambil berat tentang mereka. Namun biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. Namun yang penting semuanya diselesaikan dengan bijaksana.

Itulah kelebihan keluarga aku. Keluarga yang terbaik di dunia ini. Kasih sayang merapatkan hubungan kekeluargaan kami. Jiwaku menjadi sebak seketika.....

Sunday, February 1, 2009

ling demam pulak....

Ling dah tiga hari masuk hospital Seberang Jaya. Mula katanya denggi. Kemudian kata high fever, lastly mungkin denggi pulak. Hospital tak tau nak bagi keputusan tepat.

Kalau tengok pada ruam kat badan yang banyak, muka bengkak, kelenjar bengkak, suhu badan sentiasa panas, takkan tak boleh agak simptom apa yang terjadi? Inilah nasib hospital kerajaan. Mesti tunggu hari Isnin, baru boleh buat keputusan. Waktu itu baru waktu bekerja. Pesakit dipantau sahaja pada hari Sabtu dan Ahad.

Jika apa- apa terjadi dalam masa 48 jam, hospital akan kata kami dah beri yang terbaik. Kadang- kadang tak faham pulak. Kenapa hospital kerajaan tidak secanggih hospital swasta? Bila kita kata begini, orang kata pergilah ke hospital swasta. Biasanya, jawapan bela diri.

Kita perlu ingat, hospital dibina untuk kemudahan rakyat. Kita kena fikirkan bagaina untuk setanding dengan hospital swasta. Untuk ke hospital swasta, tentu ramai yang tidak mampu, tapi jangan jadikan alasan untuk hospital kerajaan tidak boleh setanding hospital swasta. Kementerian kesihatan kena fikirkan sesuatu dalam hal ini.

Cuba bayangkan jika keluarga kita ke hospital dan mengalami situasi seperti ini, apa kita rasa. Fikirkan seikhlasnya. Jiwaku jadi tidak selesa............