Thursday, March 19, 2009

kacau jiwa...

Merasai nikmat kehidupan yang masih tersisa itu sungguh indah. Berjalan di jalanan lurus tanpa rasa ingin untuk melencong adalah suatu yang sukar untuk aku gambarkan kepayahannya. Bagi aku!

Namun aku tetap mencuba walaupun manusia seusiaku sebenarnya tak perlu mencuba lagi. Perlu sudah berjaya. Namun hakikatnya aku tidak. Aku malu pada diriku sendiri. Sungguh malu. Lantas jika aku fikirkan rasa malu itu, ia akan menghantui diriku. Aku cuma perlu teruskan hidup. Betulkan kesilapan demi kesilapan yang aku masih gagal betulkan.

Aku mungkin perlu lakukan suatu yang drastik dalam hidup ini. Namun takut juga jika ianya merosakkan perjalanan hidup. Perlu juga....entahlah..jiwa kacau...serabut...

Sunday, March 8, 2009

aku benci membuat keputusan....

Aku amat kecewa. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Kini aku dalam persimpangan. Namun aku tidak mahu memaksa diriku untuk memilih. Mungkin terlalu awal. Aku telah suarakan hal ini kepada Jack, adik aku. Rasa ringan sedikit dada ini bila dapat meluahkan apa yang aku pendam.

Dah dua hari aku kat rumah abah. Rasa tenang sedikit jiwa ini. Aku merujuk pengalaman laluku dalam memilih keputusan. Namun aku fikir tak perlu aku membuat pilihan pada waktu ini. Semua manusia memerlukan peluang dalam hidup. Semua manusia tidak sempurna. Aku juga begitu.

Namun jiwaku tidak tenteram. Kacau, berkecamuk. Aku mengawal perubahan wajahku. Aku menyerap diriku dalam rumah abah. Namun, kedatangan Jack amat membantu, walaupun hakikatnya jiwa kau kacau....sebak...

kenangan kembali lagi...

Wajahnya mengingatkan aku kepada sesaorang. Terlalu lama telah berlalu. Ya, terlalu lama. Namun semuanya segar kembali beberapa hari lalu setelah aku bertemu sesaorang yang amat mirip rupanya.

Memang aku buntu ketika itu. Terlalu banyak keputusan yang perlu aku lakukan. Antara keluargaku atau bahagia kami. Namun semuanya telah berlalu. Bagaimana harus aku nyatakan. Aku cuma doakan agar dia berjaya dan bahagia dalam hidupnya. Juga aku amat berharap suatu hari nanti dia akan tahu hikmah kekecewaan itu berlaku.

Aku gagahi berjalan dalam lorong berduri. Ya, sakitnya amat terasakan. Membuat keputusan untuk membahagiakan orang lain dan mengecewakan manusia yang membahagiakan diriku? Aku terlalu berkorban dan mengorbankan jiwa manusia lain. Maafkan aku...maafkan aku...Jiwaku hancur, jika kau juga ingin tahu..

Sunday, March 1, 2009

yang nyatanya...

Dah bulan Mac. Sedar tak sedar dah dua bulan berlalu. Aku baru balik dari program PROGRES semalam. Program kepimpinan pelajar. Letih. Letih sangat.

Anak kucing aku mengiau girang. Maklumlah, dah empat hari aku tinggalkan mereka. Selepas aku belai mereka, beri pula susu. Kucing pun tahu rindu rupanya. 

Tadi, baru habis makan-makan tengahari. Ramailah kat rumah. Seronok bila dapat berkumpul ramai- ramai ni. Mengeratkan siraturrahim. Sementara masih hidup, rapatkan diri dengan keluarga. Janganlah jemu dengan keluarga sendiri.

Lebih- lebih lagi dengan ibu- bapa. Tiada siapa pun tahu perasaan seorang manusia bila kehilangan ibu-bapa melainkan orang yang pernah mengalaminya. Tiada kata-kata dapat menceritakan.

Anak kucing aku pun tahu rasa rindu, fikirkan apakah mereka juga dapat merasakan kehilangan ibu mereka? Jiwaku sebak...