Wednesday, July 1, 2009

aduih....

Mampukah aku menyayangimu selamanya? Melihat dirimu setiap hari membuat aku sunguh bahagia. Biar perbezaan kita terlalu ketara, namun aku sungguh sungguh bahagia bila berada di sisimu.

Bagaimana mahu aku ungkapkan perasaan ini dengan kata-kata. Mana mungkin aku sengaja ingin melepaskannya...ya...perasaan yang kini aku rasakan...telah lama aku lupa. Aku bahagia bila mendengar suaramu, bahagia melihat senyummu, bahagia kau berada disisiku.

Namun kadangkala aku merasa akan kehilanganmu. Suatu yang tidak mahu aku mengalaminya. Aku cuba untuk bersedia menghadapi segalanya. Namun aku dalam masa yang sama aku juga cuba untuk memenangi hati mu.

Perjalanan mata yang melihat terlalu jauh. Perjalanan di hati yang terasa terlalu dekat. Aku serba tak kena. Gelisah dalam tenang, tenang dalam gelisah. Jiwa ku berserabut seketika....