Thursday, July 9, 2009

jiwa resah...

Akhirnya aku mengalah. Aku terlalu menyayanginya. Setelah sekian lama, kini perasaan ini kembali pada ku. Perasaan.....mungkin....aku rasa disayangi. Lalu aku perlu menyayanginya. Aku tidak mahu merancang apa-apa, kerana aku tidak mahu perancangan mengecewakan aku.
Aku berserah kepada perjalanan yang telah ditentukanNya. Aku mengikut arus kehidupan yang akan membawa aku entah ke mana. Hala- tujunya aku cuba impikan. Namun dalam hidup ini tiada apa yang pasti.
Aku inginkan kepastian, namun aku kadangkala tidak memerlukannya. Masih terlalu jauh perjalanan yang dituju. Entah sampai entahkan tidak. Jiwa ku resah seketika......