Monday, July 12, 2010

jiwa bahagia...walau dalam onak berduri...

Kenangan itu terlalu indah. Bersemi dijiwa ku yang kesunyian. Sunyi yang terlalu panjang. Mencengkam jiwaku yang perlukan belaian. Kini semua terasa indah kembali. Bagai permulaan musim bunga setelah kemarau yang lama.

Aku cuba mengekalkan rentak yang ada. Memahami selok belok jalanan berliku. Jurang sentiasa menanti walau belum tentu dalamnya. Namun semua jurang tetap jurang. Yang pasti jika tejatuh, mendapat calar.

Perlukah aku menyatakan kegelisahan di dalam dada, mencari sebuah bahagia yang tak bertepi? Jiwa ku selalu bertanya, nikmat hidup yang dianugerahkanNYa adakah tidak mencukupi? Merungkai segulung tali yang kekusutan perlu ada kesabaran, Jika direntap semakin kusut. Jika perlahan semakin lama. Lantas mungkin semuanya tidak kena. Mengutip peluang yang ada lebih baik dari membiarkan ia berlalu....mungkin...

Namun jiwaku kini sungguh bahagia...setelah sekian lama...


Wednesday, July 7, 2010

jiwa bahagia....sampai bila???

Jiwa bahagia yang aku rasakan kini terlalu takut untuk aku lepaskan.... manakan tidak...setelah sekian lama aku...kini aku merasakannya kembali...lantas aku cuba untuk kekal bersama....

Apakah jiwa ini suka...atau sayang...atau sekadar rebounce pada keadaan yang aku lalui sekarang? Terlalu sukar untuk aku menjawabnya. Namun aku cuba mengertikan diri ini. Jika suka....masih dapat aku tinggalkan.....sayang???? Pilihanku tetap untuk bersama...

Aku selalu berfikir...sampai bila??? Sampai bila aku harus mengorbankan jiwa ku ini kerana....susah untuk keluarkan ayat tersebut dari hatiku...hakikatnya aku menyiksakan diriku sendiri....dan aku sentiasa mengharap agar tuhan mengampunkan aku...

Jiwaku kembali tersentak...pada sandiwara hidup tanpa penghujung...tanpa noktah....