Monday, April 27, 2009

#@$#@$##@betul!!!

Tak habis- habis orang suka cari pasal. Ini timbul pula isu baru. Sibuk jaga tepi kain orang, kerja sendiri tak nak buat. Kenapalah masih ada manusia yang begini. Aku tak sukalah nak buat macam perangai aku dulu. Penyelesaian cara bagi penampar saja.

Kadangkala orang yang diberi peluang untuk berkuasa, menggunakan kuasa dengan cara yang terlalu bodoh. Ada otak, tak nak berfikir. Tamak kuasa. Yang kaki bodek pula,paling besar punya iblis. Bila kat depan aku bukan main baik. Macam sahabat sejati. Kat belakang kita, sebijik macam pembunuh upahan. $#$%%#$% betul. Itu saja yang layak aku berikan untuk mereka.

Sampai bila bangsa kita nak maju kalau masih ada orang yang bersikap begini. Nama saja manusia tapi lebih rendah perangai dari binatang.%%$%%&#@ betullah!!!

Wednesday, April 22, 2009

jiwa gembira...

Aku berbicara dengan Nal malam tadi. Dah lama tak jumpa Nal. Dalam masa 20 tahun, ini kali kedua aku jumpa Nal. Banyak perkara yang kami bicarakan. Semuanya kisah zaman maktab dan rentetan kehidupan hingga hari dan saat ini.

Gembira sedih bercampur baur. Masa telah berlalu pantas rupanya. Kami melalui kehidupan yang hampir sama di tempat yang berbeza. Aku gembira mendengar cerita Nal. Sedih bila mendengar mertuanya yang baru meninggal. Ia mengingatkan aku kepada ibuku. Walaupun telah hampir empat tahun meninggalkan aku, namun terasa masih baru berlalu. Aku sebak...

Tapi itulah realiti kehidupan. Semuanya akan berlalu. Entah bila...tunggu saja. Namun aku tetap bersyukur kerana tuhan telah mempertemukan aku dengan kawan aku kat Port Dickson. Sekurangnya kami masih boleh bertemu dan berbicara. Jiwaku terasa gembira...

Friday, April 17, 2009

tenang sait....

Esok sukan kat sekolah. Seronok juga sukan ni. Pelajar yang paling seronok. Aku rasa tenang sikit hari ini. Dua kerja aku selesai. Ada satu lagi. Aku tak mau fikir hal kerja bila kat rumah. Ahad nak pergi servis kereta pulak. Masih tak rehat yang sebenar. Macam mana rehat sebenar tu.

Walau bagaimanapun jiwa aku sedikit tenang...sedikit...namun aku tetap bersyukur kerana tuhan mengurniakan ketenangan ini padaku. Isnin ini aku ke Port Dickson. Program PPDa. PPDa terlalu kena dengan jiwa aku. Mungkin kerana aku telah bergelumang dengannya semasa di Kuala Lumpur lagi.

Namun walau apa pun pokoknya aku amat gembira kerana jiwa aku tenang hari ini. Aku bersyukur sungguh...