Monday, August 24, 2009

ketenangan jiwa...

Ramadhan menjenguk kembali. Aku terlalu bersyukur kerana dapat bersamanya. Namun aku juga baru hilangan Pak Ngah Hassan, abang aruah ibuku. Entah mengapa jiwaku terlalu terharu melihat aruah. Bagai aruah ibuku yang berada di hadapanku. Semuanya terasa masih baru. Ya, Ibuku pergi bagai sebentar tadi.....Jiwaku terlalu merinduinya....
Begitulah lumrah hidup. Tiba waktunya, kita saling meninggalkan semua orang yang tersayang, jua siapa saja yang mengenali. Mengadap Illahi adalah suatu yang pasti. Kita hanya menunggu masa. Bila? Tidak perlu kita cari dan bertanya. Yang pasti, kita akan pergi jua.
Jiwa ku terasa ketenangan yang agak drastik. Jiwaku merubah bagai tiba-tiba. Aku tidak mahu memikirkan kenapa kerana ini yang aku mahukan. Apakah Ramadhan ini yang mengubah jiwaku? Biarlah selamanya merasakan keadaan ini.
Ketenangan ini telah lama tidak menjengukku. Bagai melupakanku namun ada. Alangkah indahnya jiwa ini bagai dulu. Kenapa jawapannya perlu masa lalu???Jiwa ku inginkan