Sunday, July 12, 2009

indahnya ketenangan....

Jiwa aku bahagia semalam. Bahagia dengan apa yang aku lakukan. Mengembirakan orang lain. Orang yang terlalu bererti dalam jiwaku namun semakin hilang perasaan ini kepadanya. Semalam, aku cukup bahagia bersamanya...Terlalu indah. Terlahir satu perasaan ikhlas dari dalam diriku kepadanya.
Telah terlalu lama perasaan ini hilang.....ada dan tiada sebenarnya. Namun aku tidak pernah mengambil mudah apa yang berlaku. Aku cuba mencambah kasih dari masa ke semasa. Mencambah kasih pada ruang- ruang yang rapuh. Ruang- ruang yang mudah hilang...
Aku selalu mengharap kapada perasaan semalam. Janganlah hilang. Mekarlah dalam diriku. Jiwa ku tak sanggup lagi berpura-pura. Tak sanggup lagi menjadi pemburu dosa. Tak tertanggung lagi rasanya. Jiwa aku tenang......ketika ini....