Friday, September 18, 2009

jiwa separa... raya...

Sedang siapkan perancangan program untuk tahun depan. Sekolah semua dah cuti. Aku yang masih di tempat kerja sebab tak kerja kat sekolah lagi. Sepanjang pejalanan ke pejabat tadi, ramai orang membeli daging, untuk berbuka atau untuk sambutan hari raya.
Teringat keluarga aku kat rumah. Dulu ada mak dan abah. Kini ada abah sorang saja. Itulah tempat aku melepaskan rindu bila teringatkan mak. Abah semakin berusia. Tidak seperti dulu lagi. Aku bersyukur kerana abah akan menunaikan fardu haji selepas raya ni. Dapat juga abah ke Mekah. Aku?? Kadangkala duit tu mencukupi tapi habis kat tempat lain. Begitulah hebatnya tuhan menguji kita. Aku adalah antara insan yang tewas...
Namun dalam hatiku tetap berazam untuk sampai ke sana. sekarang dah jam 12.20 tengahari. Aku rasa kadangkala macam biasa saja dan kadangkala rasa sayu pulak. Tak tahulah. Mungkin bahan kimia dalam badan ni yang tak menentu. Maklumlah, bukannya muda lagi....jiwaku tak menentu...
Lupa pulak nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir bathin kepada abah, Ibrahim Ayub, awek aku Noor Azeah Mansor, Kak Long Intan, Kak Ngah Idah, Kak Yam, Jack, Ling, Kakak & Adik,Min dan Manja. Juga sebelah pihak Mak awek aku dan keluarganya.........Selamat Hari Raya Maah Zahir Bathin... :) ... :P .....

3 comments:

J!wA kaCaU said...

cMat aRy ryEr maAf zaHir dN baTin..
thNiah coz dTkrkN ke jPn...

Akal Nadim said...
This comment has been removed by the author.
Akal Nadim said...

Salam...apahal ni bang..dah 2 kali raya belum update ini blog..tidur ke bang..bangun-bangun.
Jangan jawab 'gua punya suka la ini blog gua...." harap2 nya.
Jika begitu jawabnya.... kah..kah..kah..kah..kah ertinya Melayu sudah keluar dari tempurung..sudah mahu jadi Amerika lah gayanya! Kah..kah..kah..kah