Aku kat k.l sekarang ni. Ada program PPDa. Dah dua hari. Tinggal sebilik dengan Zul dan Encik Isahak. Malam tadi pergi jumpa anak Zul kat U.M. Antar barang kat anak dia. Seronok juga bila anak dah besar ni.
Balik biasa la. Singgah kat Chow Kit cari apa yang patut. Teringat aku zaman aku tinggal kat K.L dulu. Tak ada apa yang berubah banyak pun. Cuma jalan baru ( traffic jam tetap sama) dan kebanyakan peniaga kini orang Indonesia. Lain sama jer.
En Isahak dah tidur. Tinggal aku dengan Zul sedang layan lagu dan internet ni. Lagu Malam nyanyian Kembara pulak tu. Teringat aku tahun 1987, zaman kat maktab lak. Macam inilah lumrah kehidupan. Kenangan adakalanya lebih manis dari apa yang sedang ada. Namun apabila tahun berganti tahun, yang kini pula menjadi manis bila dikenangkan.
Jumpa anak murid lama aku, Iqa. Berbual kejab. Dah umur 20 tahun pun. Aku bersyukur kerana dia menjadi orang yang berjaya. Dah kerja kat IJN. Apa lagi yang dapat aku banggakan? Selain dari diri sendiri? Pergh! Kenangan lagi ni....datang mengusik jiwa....jiwa aku yang agak kacau...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2024
10 months ago
1 comment:
Jika setiap yang kita lalui sekarang akan jadi kenangan di masa depan, buatlah sesuatu sekarang yang akan menjadi kenangan manis di masa akan datang kerana kenangan manis belaian jiwa, kenangan pahit racun berbisa.
Post a Comment