Thursday, September 22, 2011

aku tetap percaya...

Aku terlalu rindu padanya. Tak pernah akumerasakan perasaan sebegini. Rindu yang mampu mambunuh perasaan. Rindu ini semakin parah. Kau menghilang bagai angin lalu. Tanpa kata..tanpa noktah. Aku sentiasa menunggu dan terus menunggu.

Setiap saat yang berlalu adalah bagai melangkah di denai penuh bara. Walau sakit pedih, terpaksa aku melangkah jua. Aku terlalu rindu pada mu...Setiap hari aku akan nyanyikan laku yang kita selalu nyanyikan bersama ketika aku memandu. Setiap kali juga aku akan mengajuk ayat yang suka aku dengar dari mu.

Aku sentiasa bayangkan yang kau selalu bersama ku ketika memandu. Kasut mu masih di tempat penumpang hadapan...dan selamanya akan di situ. Cincin pemberian mu masih ku pakai...dan itulah yang sentiasa membuat aku sebak bila mengenang mu...

Aku pasti akan meneruskan hidup ini. Aku tak pernah akan pedulikan diriku. Biar bagaimana pun aku, aku pasti akan hidup untuk mu. Yang penting adalah kau perlu bahagia. Kau perlu ceria seperti cerianya kita ketika bersama.Walau pun apa suratan hidup kita, aku sentiasa ingin kau hidup bahagia. Jika takdir kita tidak akan bersama, aku akan bahagia jika kau juga bahagia. Namun jau di sudut hatiku ini, aku masih percaya yang kita pasti bersama...selamanya...


Tuesday, September 20, 2011

mengapa??????

Aku bersyukur kepada tuhan yang memberikan aku kebahagiaan hidup. Aku sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakanNya. Aku tahu aku tidak pernah menjadi manusia yang sempurna di mataNya. Namun aku sentiasa mencuba.

Dugaan Mu padaku kali ini yang paling adalah paling berat yang ku rasakan. Kebahagiaan yang kau berikan hanya seketika. Di saat kurasa aku akan menemui bahagia yang sebenar, Kau memberikan ku dugaan yang berganda.

Walaupun aku masih tabah tapi mungkin juga aku akan retak. Menelan penderitaan perasaan ini bagai api yang membakar di dalam dada. Aku cuba memberikan senyumanku seikhlas munkin kepada semua mata yang memandang ku. Biarlah isi di dalam dadaku semakin hangus terbakar.

Jika inilah suratan kebahagiaan yang aku terima, aku tetap bersyukur kerana telah memberikan aku merasainya walau seketika. Aku perlu meneruskan perjalanan hidup ini. Aku telah tiada masa untuk meratap hiba. Aku telah lali dengan semua itu. Aku tetap percaya kepada takdir yang kau janjikan. Sebagagaimana takdir yang sedang aku rasakan sekarang...