Sunday, March 8, 2009

aku benci membuat keputusan....

Aku amat kecewa. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Kini aku dalam persimpangan. Namun aku tidak mahu memaksa diriku untuk memilih. Mungkin terlalu awal. Aku telah suarakan hal ini kepada Jack, adik aku. Rasa ringan sedikit dada ini bila dapat meluahkan apa yang aku pendam.

Dah dua hari aku kat rumah abah. Rasa tenang sedikit jiwa ini. Aku merujuk pengalaman laluku dalam memilih keputusan. Namun aku fikir tak perlu aku membuat pilihan pada waktu ini. Semua manusia memerlukan peluang dalam hidup. Semua manusia tidak sempurna. Aku juga begitu.

Namun jiwaku tidak tenteram. Kacau, berkecamuk. Aku mengawal perubahan wajahku. Aku menyerap diriku dalam rumah abah. Namun, kedatangan Jack amat membantu, walaupun hakikatnya jiwa kau kacau....sebak...

kenangan kembali lagi...

Wajahnya mengingatkan aku kepada sesaorang. Terlalu lama telah berlalu. Ya, terlalu lama. Namun semuanya segar kembali beberapa hari lalu setelah aku bertemu sesaorang yang amat mirip rupanya.

Memang aku buntu ketika itu. Terlalu banyak keputusan yang perlu aku lakukan. Antara keluargaku atau bahagia kami. Namun semuanya telah berlalu. Bagaimana harus aku nyatakan. Aku cuma doakan agar dia berjaya dan bahagia dalam hidupnya. Juga aku amat berharap suatu hari nanti dia akan tahu hikmah kekecewaan itu berlaku.

Aku gagahi berjalan dalam lorong berduri. Ya, sakitnya amat terasakan. Membuat keputusan untuk membahagiakan orang lain dan mengecewakan manusia yang membahagiakan diriku? Aku terlalu berkorban dan mengorbankan jiwa manusia lain. Maafkan aku...maafkan aku...Jiwaku hancur, jika kau juga ingin tahu..