Saturday, August 8, 2009

jiwa jalanan...

Jiwa ini masih mencari-cari. Mencari kasih abadi. Ternyata pemergian ibu meninggalkan suatu siksa dalam jiwa ini. Aku terlalu merinduinya. Teramat sangat.
Aku tidak berani menatap gambar ibu. Tidak mahu bukan kerana melupakan, tapi ia membuatkan jiwa ini semakin kosong dan tersiksa. Aku cuba meneruskan perjalanan hidup ini. Dibayangi kasih sayang arwah ibu. Aku terlalu rindu pada mu....
Aku mencipta kasih. Ya...yang akhirnya menipu diriku sendiri. Kasih sayang untuk ku rasakan namun tanpa pedoman. Kasih sayang penuh kepalsuan. Penuh kepuraan. Kenapa aku tidak dapat memberi yang terbaik dalam kasih sayang? Aku keliru. Jiwaku patah.
Kini hanya keluargaku yang memberi kekuatan jiwa diriku. Abah, kakak-kakak dan adik-adik adalah cahaya yang membantu aku membina kekuatan dalam diri. Walaupun aku sedari semuanya mungkin hilang, namun aku bahagia bila dapat melihat mereka. Aku rindukan kasih sayang mereka. Zaman lampau yang kami sering bersama. Ketawa adakalanya bermasam muka. Zaman yang tak mungkin berulang namun hidup segar dalam lipatan kenangan.
Mengenangkan semua ini membantu jiwaku meneruskan sisa hidup yang tak kesampaian.

1 comment:

drajaq said...

Selagi kasih sayang antara keluarga seperti air yang mengalir tanpa henti, tanpa mengenal batasan dan halangan, air dicincang takkan putus......Awas! Jika air membeku seperti ais, jika dihempas akan retak seribu malah akan hancur berkecai....