Wednesday, April 22, 2009

jiwa gembira...

Aku berbicara dengan Nal malam tadi. Dah lama tak jumpa Nal. Dalam masa 20 tahun, ini kali kedua aku jumpa Nal. Banyak perkara yang kami bicarakan. Semuanya kisah zaman maktab dan rentetan kehidupan hingga hari dan saat ini.

Gembira sedih bercampur baur. Masa telah berlalu pantas rupanya. Kami melalui kehidupan yang hampir sama di tempat yang berbeza. Aku gembira mendengar cerita Nal. Sedih bila mendengar mertuanya yang baru meninggal. Ia mengingatkan aku kepada ibuku. Walaupun telah hampir empat tahun meninggalkan aku, namun terasa masih baru berlalu. Aku sebak...

Tapi itulah realiti kehidupan. Semuanya akan berlalu. Entah bila...tunggu saja. Namun aku tetap bersyukur kerana tuhan telah mempertemukan aku dengan kawan aku kat Port Dickson. Sekurangnya kami masih boleh bertemu dan berbicara. Jiwaku terasa gembira...

1 comment:

Gedung Akal said...

Cik takdak komen apa2 bang, cuma kalau nak baca lanjut bicara akal saya sila klik sahaja http://gedungakal.blogspot.com. terima kasih.