Tuesday, January 20, 2009

telatah manusia..

Kadangkala aku tidak faham dengan telatah manusia. Walaupun banyak yang aku dafat fahami, namun ada juga yang membuatkan aku jadi meluat untuk melayannya. 

Mereka ingin difahami tapi malangnya mereka tidak boleh terima apa yang kita huraikan atau jelaskan. Bukan kita tidak faham, sekadar untuk membetulkan keadaan yang hakikatnya pada mereka tidak boleh diubah lagi. Lantas jadilah mereka orang yang hanya menerima takdir semata- mata.

Apakah dengan berputus asa akan menyelesakan diri mereka? Apakah dengan mengeluh akan dapat mengubah sesuatu keadaan? Apakah penderitaan hari ini mematikan jiwa dan pemikiran?

Aku tidak faham dengan telatah sesetengah manusia. Memberikan cadangan yang bagi aku mungkin membantu dikatakan didak memahami mereka? Jadi, tak apalah. Ikutlah saja rasa hati anda asalkan anda bahagia.

Mungkin aku perlu mengiakan apa yang mereka fikirkan agar mereka gembira. Namun aku juga ingin mereka fikirkan setakat mana kegembiraan itu akan mereka nikmati. Entahlah. Aku masih tidak faham dengan sesetengah manusia.

1 comment:

drajaq said...

Kalau menerima takdir seadanya, apa guna kita dikurniakan otak untuk berfikir. Takdir boleh "dirundingkan" yang membawa maksud jika kita berusaha dalam hidup dan berdoa kepada Yang Maha Esa, insyaAllah permintaan kita akan diperkenankan. DIA takkan mengubah nasib seseorang selagi kita tidak berusaha untuk mengubahnya. Sebab tu lah DIA suruh kita berdoa dan mintak kepadaNya.