Wednesday, January 14, 2009

kanak- kanak...


Kadangkala aku terfikir untuk menjadi kanak- kanak semula. Hati sentiasa disirami kegembiraan.

Tanpa perlu memikul tanggungjawab. Bersih dari dosa dan noda. Dididik dan disayangi.

Aku bukan takut menghadapi kebenaran hidup, aku cuma meyesali kepada banyak masa yang telah aku tinggalkan.

Masa yang menjadikan aku manusia yang sekarang. Manusia yang sedang mnghitung jalan pulang. Pulang kepada yang hak.

Aku sentiasa mengharapkan pengampunannya. Dari kelemahan diri yang membentuk daging hitam di hati. Dan aku sentiasa cuba mengikisnya dengan harapan dan ibadahku. Masa yang berlalu mendewasakan aku.

Namun jika aku diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak-kanak, aku fikir, biarlah ada ibuku bersama. Jiwaku sesekali terasa sayu ketika ini. Terlalu sukar aku menyebut ibu. Kadangkala aku cuba melupakan perkataan itu. Jiwaku terasa sayu....

1 comment:

drajaq said...

Berdoa untuk ibu sekurang-kurangnya setiap kali selepas sembanhyang. Nescaya ibu kita akan merasa gembira di alam barzakh kerana insyaAllah ibu akan tahu siapakah anak yang mengirim doa dan bersedekah kepada dia.