Sunday, February 28, 2010

jiwa bersyukur...

Perghhh!!! Lama betul tak menulis. Agak sibuk sekarang. Jiwa aku sebenarnya dah bermacam ragam. Banyak peristiwa yang terjadi. Berlalu. Ianya menjadi teladan jiwaku.

Adik aku Ling dah sihat. Jiwaku lega. Sebak aku melihat dia di hospital Seberang Jaya. Aku cover saja. Siapa tak sayang darah daging sendiri. Banyak kenangan aku dengan Ling....masa kecil dulu...Tiada siapa pun yang boleh lawan rasa kopi O yang Ling bancuh( kecuali arwah mak). Kalau nak kopi O, Linglah tukang bancuh. Itu antara kenangan masa lalu...jiwa aku tersenyum..

Sakitnya menginsafkan aku. Ling muda lapan tahun dari aku. Sepatutnya...mungkin aku yang sakit dulu...ikut logik akal...tapi semua itu kehendakNYA. Jiwa aku kini cuba bersedia untuk segala kemungkinan. Jiwaku bersyukur...adik aku sihat kembali dengan kehendakNYA...

2 comments:

Gedung Akal said...

Salam,
Sakit adalah ujian hidup bang.
Mahu terima dan syukr atau mengeluh selamanya...semoga hidup diberkati...

* ayina * said...

uncle dam..
:)