Friday, September 4, 2009

jiwa insaf...

Jiwaku bagai terpantul keluar dari jasadku. Hilang nadiku seketika. Jiwa berdebar...Aku tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Semuanya telah tertulis.
Setelah 6 tahun, ini kali pertama, kembali aku kemalangan. Namun aku bersyukur kerana tidak melibatkan nyawa, Cuma keretaku yang sedikit terluka. Jiwa ku berbicara betapa lalainya aku. Ya... aku yang bersalah. Mata ku yang layu ini terus dipersalahkan. Sepasang mata ini cuma mampu menerima, melihat kembali kedegilannya yang membawa padah.
Itulah perjalanan hidup. Tanpa perlu tahu apa yang akan berlaku di hadapan, ianya tetap berlaku. Samada aku ada atau tiada suatu masa nanti, apa yang tertulis pasti akan berlaku. kita bagai pelakon di atas pentas. Lakonkan apa watak kita. Yang penting ialah lakonkan yang terbaik.
Jiwa ini insaf.....seketika...

No comments: